
Assalamualaikum,
Tidak lama sebelum cuti Hari Raya tempoh hari saya berpeluang menikmati sahur dengan dua rakan --- seorang darinya model yang agak terkenal dan seorang lagi merupakan jurnalis di sebuah majalah khusus untuk wanita (dan sering menukilkan kupasan-kupasan isu berkenaan wanita). Perbualan yang mulanya berkisar tentang kerja perlahan-lahan bertukar kepada isu-isu berkaitan soal hati.
Mulanya mereka agak tersentak bila saya menyatakan secara santai bahawa; "Kalau nak tengok awek tu lawa atau tak, tengok muka dia waktu bangun tidur". Walaupun itulah antara 'mitos' yang sering dibualkan sesama lelaki namun jelas bahawa dua dara yang sedang menghirup teh dengan saya itu tak bersetuju. Pada saya statemen itu bukanlah sesuatu yang getas, tetapi sekadar bualan kosong yang mungkin ada juga kebenarannya di celah-celah. Ya lah... muka baru bangun tidur dengan air liur basi, rambut berserabut, pakaian kerosot sana-sini --- siapa yang akan kelihatan cantik bila saja baru bangun tidur?
Poin yang saya ingin utarakan ialah andai dalam lelehan air liur dan rambut serabai itu wajah beliau masih kelihatan cantik, apatah lagi jika beliau 'memakai' dan mengenakan 'make-up'.
Tapi mungkin juga ada wanita yang memang hanya cantik bila bangun tidur tetapi di masa lain nampak serabut. Mungkin juga sebaliknya. Dan mungkin juga segalanya ini terlalu subjektif. Lagipun kecantikan adalah pada mata yang memandang.
Apapun, seterusnya terkeluar pula subjek kenapa amat sukar pada lelaki untuk meluahkan kalimat "I love you", "Aku cinta padamu", "Ich lieber dich", "Wo ai ni" dan yang sewaktu dengannya. Sekali lagi peperangan jantina di meja teh tarik itu berlangsung ke suatu dimensi baru. Pada saya, tak guna manis mulut mengucapkan segala kalimah tersebut jika kita tidak benar-benar memaksudkannya. Atau sekadar menyenangkan hati pihak yang satu lagi. Atau kerana ingin mendapatkan sesuatu dengan mencairkan pihak satu lagi melalui kalimah tadi.
Secara peribadi, saya percaya kepada 'action speaks louder than words'. Maknanya saya lebih suka menunjukkan rasa Cinta kepada seseorang itu melalui pengorbanan- pengorbanan yang saya lakukan, melalui pemberian yang dihadiahkan, melalui nukilan-nukilan yang saya tulis. Sebagai perbandingan, andai kita menghadiahkan Si A dengan seutas rantai berharga RM100 dan Si B pula dengan kalung berharga RM1000, secara teknikalnya jelas bahawa Cinta saya kepada Si B melebihi dari Si A. Lagipun jika saya menganggap Si B sebagai 'kawan biasa' buat apa saya sanggup berbelanja semahal itu?
Pada saya, Cinta yang sebenar-benarnya ialah bila kita sendiri tidak mampu menggambarkan rasa cinta tersebut. Malah adalah lebih baik jika kita tidak menyebut langsung perkataan itu kerana jika rasa itu dapat ditafsirkan melalui kata-kata atau perkataan yang mortal, maka ianya bukanlah rasa Cinta. Dalam beberapa sect agama --- Judaism, Kristian, Hindu malah Islam sendiri --- Cinta merupakan suatu personifikasi terhadap Tuhan itu sendiri. Malah ada yang melakukan 'direct equation' antara Tuhan dan Cinta. Faktor masa menentukan saya tidak berkesempatan membicarakan topik berat itu di sini namun jika anda ingin menelaahnya lebih lanjut, tebak sahaja kitab-kitab yang ditulis oleh ahli-ahli Sufi agung. Paling tidak, dengar saja lagu-lagu dari grup Dewa 19 (ahaksss.... ).
"Eeee... kalau you jadi boyfren I kan Asrul, hiiiiii.... entahlah.... mesti I tension"; kata model tersebut bila saya berkeras menyatakan bahawa saya tidak akan pernah mengucapkan kalimah tiga perkataan tadi. Fair enough.
Tak lama selepas cuti Hari Raya, saya berbalas pula SMS dengan seorang kenalan lama. Mulanya bersembang biasa sahaja hinggalah satu soalan diajukan.
"You dah tengok cerita 'Heart'"?; mesej beliau berbunyi.
"Citer Indon tu ka? Tu citer budak-budak laaaa"; jawab saya.
"The movie really touches me. The hero reminds me how you used to be"; jawab kenalan saya tadi.
Jadi saya usahakan juga 'melabur' untuk mendapatkan literatur filem berkenaan. Mulanya saya cuma berkesempatan mendapatkan 'soundtrack' filem tersebut. Walaupun penyanyi-penyanyiny a jelas akan mendapat kad merah jika mereka odisyen untuk siri realiti Akademi Fantasia, garapan muzik dan tutur lirik yang mantap oleh Anto Hoed dan Melly Goeslaw selaku pencipta lagu menjadikan lagu-lagu tadi enak didengar. Walhasil, saya tertarik dengan satu rangkap lagu "My Heart" nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa (yang juga pelakon-pelakon utama filem tersebut):
Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang
Walaupun rangkap ini boleh ditakrif sebagai luahan seorang suami yang ingin pasang 'cawangan baru', namun dalam konteks sebenar lagu tadi, ianya membicarakan tentang rasa Cinta antara sepasang rakan yang tidak akan pernah luntur walaupun rakan tadi akan berhijrah ke kehidupan baru, berkahwin, beranak pinak dan sebagainya.
Selang beberapa hari saya berkesempatan mendapatkan DVD filem Heart dan dengan hati yang berdetak detuk memasukkan cakera tersebut dalam pemain DVD. Hmmm... yang saya pasti kenalan saya tadi tidaklah bermaksud menyamakan paras rupa saya dengan Irwansyah bila dia mengatakan bahawa hero filem ini mengingatkan dia pada saya satu ketika dahulu. Hehehehe....
Tapi... terus terang saya akui terasalah juga 'feeling' selepas menonton filem ini. Mungkin ada juga kebenaran kata-kata kenalan saya tadi. Dan andai anda pernah membaca HDLN VIII (Hidup Di Luar Negeri VIII: Soal Hati) yang 'terkenal' suatu masa dahulu, mungkin anda juga akan mengiyakannya. Antaranya ialah kegemaran Farel (watak Irwansyah dalam filem ini) memakai jaket... cuma bezanya beliau memakai jaket kerana hawa kampungnya yang sejuk dan berada di tanah tinggi sedangkan saya dulu memakai jaket (walau berpeluh dan panas terik) semata-mata kerana inginkan identiti sendiri.
Tetapi saya kira ada tiga faktor yang mungkin mengiyakan SMS kenalan saya itu. Pertama, ketika adegan si Farel menghadiahkan sebentuk "hati" kepada Luna dan menginginkan jawapan serta merta. Hehehe... that used to be me.... "I'd like you to be mine. I'm all yours. What about you? Do you accept me as your boyfriend? Takper... fikirlah dahulu. But I want an answer, and I want it NOW!!!".
Kedua ialah kecenderungan melakukan 'surprise' dengan perkara-perkara yang artistik seperti Farel menghadiahkan sejambak bunga yang mana boneka pari-pari kecil bergantungan ataupun 'private dining' di atas bukit diiringi pemuzik. Walaupun seingat saya tidak pernah pula saya melakukan perkara-perkara seperti dalam filem tadi, saya kira kompilasi lagu, ciptaan lagu, kad, puisi dan sebagainya mungkin berada dalam 'ballpark' yang serupa.
Ketiga ialah observasi yang kemudiannya menjambatani antara apa yang sedang berada di hadapan mata dengan rasa yang sedang menjeruk di hati bila bersama dengan pasangan. Contohnya jika kami berada di taman bunga yang mana kuntum-kuntum bunga sedang mekar. Mungkin ketika itu saya akan kata sesuatu seperti; "Tengok bunga ni. Mekar cantik, kan? Begitulah juga mekarnya cinta I pada you. Tapi bunga ni kemudiannya akan layu. Bukan cinta I. Cinta I kat u takkan pernah layu..."
Something 'poyo' like that. Got the picture?
"Mungkin ramai Relaxjapper yang pernah terlibat dengan cinta waktu sekolah ni. Ingatkah anda pada perasaan gembira yang anda rasai ketika mula-mula bertentang mata dengan orang yang anda minati? Bagaimana pandangan tersebut seterusnya menular ke hati dan membentuk perasaan yang paling agung di alam semesta ini? Segala rindu, resah, tangis, gembira dan tension yang anda hadapi ketika cuba memenangi hati orang tersebut? Ingatkah lagi bagaimana anda set schedule agar bertembung dengan beliau ketika hendak ke sekolah? Ketika pass surat kita kepada seorang posmen buruk yang kebetulan kawan rapat beliau, dan apabila beliau membalasnya dan mengatakan beliau juga menyenangi anda? Bagaimana sebelum tidur anda sering "berhayal bila saat nanti hidup bersamamu"? Kemudian anda mula sedar yang dressing anda yang dahulunya selekeh tiba-tiba bertukar menjadi smart? Atau betapa cemburunya anda bila ada pelajar lain menghampiri orang tersebut? Ingatkah pula bagaimana perasaan itu akan mempengaruhi apa saja yang anda lakukan, fikirkan dan cara berinteraksi dengan orang lain? Bagaimana kawan baik anda terpaksa tahan mata dan telinga mendengar "luahan hati" anda?
Kini, dalam kesibukan tugas dan komitmen, kita sering melupakan perasaan tersebut. Bagi saya ia lebih dari seberkas perasaan.... .it is what growing up is all about. Mungkin kita perlu revisit semula perasaan ini kadangkalanya, untuk mengingatkan di mana kita berada sebelum ini dan di tampuk mana kita sedang berada sekarang."
- Hidup Di Luar Negeri episod VIII: Soal Hati, 22/6/2001 -
Tak lama selepas itu saya menghubungi rakan saya melalui telefon dan menyatakan bahawa it's bugging me sebab saya tahu saya pernah seperti itu satu ketika dahulu namun saya tidak faham kenapa kini saya tidak lagi seperti itu. Mungkin faktor usia atau mungkin juga saya merasa malas untuk melalui detik rasa yang menyakitkan tersebut sekali lagi. Mungkin juga ianya hanya pantas terkandung dalam kitab sulalatus saya yang sudah berhabuk dan perlu diikat kuat dengan riben seraya menyimpannya di sudut almari yang mungkin tak akan dijenguk lagi.
Dua hari lepas, dalam perjalanan menuju ke Kedai Mamak untuk pekena supper dengan my other half.
"You know... I dulu memang jenis suka bagi surprise, romantik and what not. But over time, I macam dah malas nak buat semua tu"; kata saya membuka bicara.
"You romantik? Hahahaha... dah 11 tahun kawin takder pun yang romantiknya" ; jawab beliau seakan mencebik.
"Hmmm... if you give me a chance, I'd do my best to revisit all those feelings and actions. If it's inside me then it's just a question of surfacing it all again. Just be patient. That's all I ask"; janji saya.
Masa dan rasa. Dua faktor yang kadangkalanya tidak dapat berakrab.
Akhirnya, hanya Cinta jua yang akan bertakhta.
Wassalam.
Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia