Friday, December 28, 2007
25 Disember 2007
We wish you a merry Christmas and a happy new year….dah nak masuk tahun baru dah. Berapa hari je lagi dah. Azam baru? Ntah la. Nak kata tak ada, tapi ada. Nak kata ada, apa dia yek. Yang satu tu memang kenal sejak berkurun lamanya. Nak kuruskan badan. Hehehehe….azam yang di brought forward to next next next next year…berapa kali next next dah. Tapi kali ni arap2 menjadi la. insyaAllah. Kalu tak menjadi pun tahun depan insyaAllah panjang umur ada lagi. Tahun depan bertambah lagi setahun umur aku..26…huuhu..dah makin tua dah..tapi perangai macam budak-budak lagi. Bila la nak jadi matang nih. Lepas balik dari melaka tetia je mak aku cakap pasal kawin…huhuuhu…knape la soalan tu gak yang mak aku nak tanya. Tak naka tanya ke pasal kursus kau kat melaka tu ke. Pe aku shopping kat melaka tu ke. Tak pun banjir tak ke kat melaka tuh. Ni alih2 soalan cepumas tu gak ditanya. Aku tersengih macam kerang busuk je la. Tapi yang buat aku tersenyum lear kejap bila mak aku tegur aku dah makin kurus SEDIKIT. Sikit je la. Macam mana tak kurus. Tiap2 hari duk panjat tangga sampai tingkat 4. semput gak la rasa. Tapi lama2 terbiasa. Tak yah gi jogging ke gim ke. Naik tangga sampai tingkat 4 tu je. Sebelum ni mak aku tak kesah pun pasal kawin ni. Lagipun mak aku penah cakap tak yah fikir lagi la pasal kawin ni. Tapi sekarang lain plak. Mungkin dia baru perasan kot anak dia dah makin tua. Tua ke..huhu..isau plak aku bila fikir pasal ni. Aku baru je nak stabilkan idup dulu. Nak kukuhkan kewangan aku dulu. Nak stabilkan keje aku yang tak menetu lagi ni. Aku baru je jadi cikgu. So banyak benda yang aku kena belajar sekarang ni. Banyak perkara yang aku kena fikir dulu sebelum fikir pasal nak berkongsi idup. Kawin tu memang aku nak. Siapa yang tak nak kawin kan. Bodoh la orang tu kalu tak nak kawin. Tapi masa tak sesuai. Tapi kalu dah takdir aku kawin tahun depan, aku kawin. Aku tak kesah. Tapi kalu nak mintak aku cari memang aku tak ada masa dan aku tak reti. Lagipun jodoh Allah dan tentukan. Berserah je. Aku tak nak fikir sangat. Kalu kawin kawin la. Dah tak larat dah nak ber bopren2 macam dulu. Dulu zaman budak2 lagi boleh la. Sekarang rasa dah tua dah. Kalu dah serasi dan betul2 dah jodoh kawin la. Tak yah nak bercinta dulu. Orang kata becinta lepas kawin ni indah. ( Orang kata. Ayam tak kata. Lembu pun tak kata.) Btul la kot. Ok. Stop kat sini je pasal kawin. Keputusannya tawakaltualallah…..
26 Disember 2007
Pagi tadi aku terlambat ke sekolah. Hari ni pendaftaran murid pra baru untuk sesi 2008. sampai kat sana pukul 8.30. awal lagi sebenarnya tapi lambat kalau ikutkan plan sebenar. Aku plan nak kemas dulu kelas aku tu yang sebelum ni macam tokang pecah lepas pasang grill kat tingkap. Makin lemas plak aku rasa bila duk dalam kelas tu. Macam duk dalam penjara pun ada. Gril yang diorang pasang tu kat dalam kelas bukan luar kelas. Sepatutnya gril kena la pasang dari luar tapi ni tak. Tu yang aku rasa duk dalam penjara tu. Bila nak bukak tingkap tersangkut. Separuh je boleh bukak. Dah la kelas tu memag dah sejak azalinya panas. Kiri kanan depan belakang tak ada pokok. Ni yang nak membebel cam mak nenek ni.
Berbalik cerita pasal pendaftaran tadi, ramai la yang datang bayar yuran anak-anak diorang. Ada yang bagitau aku tadi tu anak dia yang ke 6 yang dia kena bayarkan yuran. MasyaAllah. Bayangkan berapa ratus duit yang nak kena keluar untuk bayar yuran setiap anak dia tu. Sorang dah dekat 100. kalu 6 orang. 600 ratus dah. Ada yang kata lebih dari seribu kuar duit hari ni. Kesian gak kat mak bapak budak-budak ni. Tapi nak buat cam mana. Harga barang dah naik. Walaupun yuran sekolah dah dimansuhkan tapi stil ada yuran lain contohnya buku-buku, alat tulis, baju sukan dsbnya. Ada mak bapak yang komplen pasal yuran ni. Diorang ingatkan bila dan mansuh yuran sekolah kurang la sikit beban tapi makin naik lagi yuran sekolah ada. Aku dengar je la. Aku pun tak boleh nak buat pe2. Cuma yang boleh aku jawab harga barang dah naik dan keperluan tu memang wajib diorang ada. Lebih-lebih lagi murid-murid yang nak peksa UPSR nanti.
Tinggal 5 orang je lagi murid yang mak bapak diorang tak datang bayar yuran. Satu masalah lepas ni aku nak bagitau budak2 ni pasal yuran. Kena la plak aku bagi memo sikit kat mak bapak diorang. Bukannya apa. Nanti bising plak penyelaras aku tu. Dah la tahun lepas ada sorang yang tak abis bayar yuran tapi nasib baik dia masuk lagi kelas aku tahun ni. Tapi aku kesian gak kat budak ni. Mak bapak dia orang susah. Aku nak mintak duit pun rasa macam kesian pun ada. Tapi aku terpaksa sebab tu yuran bukannya duit lain. Tahun depan arap2 la mak bapak dia boleh bayar.
Tunggu punya tunggu tak datang-datang gak lagi mak bapak bebudak nih. Perut aku dah mencerut tak makan lagi. Pagi tak sempat makan. Pukul 12.30 aku pun tutup la kedai. Tak larat dah nak tunggu. Kena soru dulu. Aku ngan yani kebetulan nak eli sikit barang untuk kelas. Kitorang keluar ke bandar makan dan singgah EW hardware kejap beli pe yang patut. Aku tak penah pun sampai kat kedai tu. Penyelaras aku selalu sebut pasal kedai ni. Kalu tanya pasal barang2 yang dia bli mesti dia akan jawab EW Hardware. Aku ingatkan kedai kecik je rupanya memang segala benda ada dalam kedai tu. Ala-ala hot market la gak. Dari pada alat tukang umah sampai la alat dapur. Semua ada. Tapi tengok je la. Duit dalam purse 50 je. Cukup nak beli barang klas je. Nanti la ada duit nanti datang lg yek..
nukilan ku......
Prasekolah Ibnu Sina
at
12:58 PM
0
comments
