Thursday, November 30, 2006

offline..huuhhh.....


Mengantuknyer aku rase ptg nih…boring la plak internet x de..x leh la nk online si suku tuh..huk huk huk..sabo je la..dh jadi camni..nk buat camne..server ada mslh..aku kene la trima dgn berat ati..ingat nk la chat ngan si suku tuh lama ckit..dia kata dia cuti ari ni..tp dtg gak opis smata2 nak online ngan aku..huhuuu..trharu lak rase..tu la namanya kawan..hehehe…tp ni la org kata kita hanya merancang tp Allah menentukan..tgh2 duk syok chat tibe2..tup..offline..adussssssss..sabo je la..nape la time aku tgh syok duk chatting ni jd camni..dh la ari ni la masa plg lama leh aku online mamat tuh..huhuhu….sodih den…nak nangis rase..tp kene la trima…takdir..huhhuhu…aku skng duk je la melangok camni sambil duk dgr lagu..pasang gak la ‘lagu rindu’ si suku tu bagi…nak bt camne tu je la yg aku leh buat…lgpun ym je la tpt aku ngan si suku tu brborak..tak de internet x de la nk borakyer…huk huk huk…. Dh bape kali dh ni nk nangis ..tp x kuar2 gak air mata nih…nangis dlm ati je la..hahahah….x de sape tau pun…skng kul 4 suku..lg sejam lbh aku nk blk….alohh..nk buat pe ek..nk ngutuk si suku tu dia lak x de....aku nk kutuk sape lagi kalu bkn dia….nk dikutuk pun x leh….huhuhu..haru..biru…hijau…kuning..ape nih..uwaaaaaa…..mana kau si sukuuuuuuuu……!!!!!!

ari ni tak de pe yg menarik...datang keje cam biase duk usung lapotop nih tiap2 ari..pi mai pi mai tang tu gak org penang ckp...pagi tadi ujan tp x de la selebat smlm..tp td nk p bfast pun ujan tp ujan rintik2 jer...lapo sgt..dtg keje td kt umah x mkn..dtg cni trus ajak kwn2 p mkn kt tpt biase..yg bestnyer mkn kuih2 yg dh trhidang dpn mata..byk giler kuih..sampai x larat dh nk mkn..isau gak mkn2 kang lupe bape dh amik..hehhehe...jgn jd cam2 dh..buat malu jer.. heheh...ermm...aku cam x de mood je ari ni..x tau nk tulis pe..huhhuh...x pe la..

Wednesday, November 29, 2006

cinta.......?



cinta...
menapak jalan yang menjauh
tentukan arah yang ku mahu
tempatkan aku pada satu peristiwa
yang membuat hati lara
di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

cinta tegarkan hatiku
tak mahu sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
aku junjung petuamu
cintai dia yang mencintaiku
hatinya dulu berlayar kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
cinta biar saja ada
yang terjadi biar saja terjadi
bagaimana pun hidup hanya cerita
cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan....

~filem cinta~

keep your concentration while praying


1. Intention should be in the heart. That is the real place of intention. Intend that you are praying to Allah Almighty and only for His sake. Focus on the nature of the prayer you are making. Is it an obligatory prayer or a supererogatory one? Are you praying Fajr, Zuhr, `Asr, Maghrib or `Isha? and any other prayer? How many prayer units or rak`hs you intend to pray and whether you are praying alone or with the congregation? The clearer you are in your intention, the better will be your attention and concentration.

2. Perform your prayers on their appointed times without delay.

3. Perform your prayer according to the sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him).

4. Stand upright. Keep your eyes open and look at the place of your prostration or sujud while your are standing. In bowing or ruku` look at your feet, in sujud towards the floor and in the sitting position at your lap or your hands.

5. Do not play with your hands and do not rub your face, body or clothes. Be as quiet and still as possible.

6. Think yourself in the Presence of Allah and Allah is facing you.

7. Do not rush your prayers (i.e., to perform your prayers in haste). Rather, you ought to perform every part of your prayer with care and in a relaxed manner.

8. Recite the words carefully. Pay attention to what you are saying. You should learn the meaning of various supplications or du`a?s in prayer.

9. Implore Allah earnestly to help you in your prayers and to accept your prayers. The Prophet (peace and blessings be upon him) used to say, "Allahumma a`inni `ala dhikrika wa shukrika wa husn `ibadatika (O Allah help me in remembering You, in thanking You and in worshipping You in the best way).?

10. Finally, remember that haram food, haram income and sins take away the joy and concentration in prayer. Keep yourself pure and clean as much as you can.?

May Allah guide you to the Straight Path, and direct you to that which pleases Him, Amen.

Allah Almighty knows best.

Dulu dan Kini: Mencintai Cinta....


Assalamualaikum,

Tidak lama sebelum cuti Hari Raya tempoh hari saya berpeluang menikmati sahur dengan dua rakan --- seorang darinya model yang agak terkenal dan seorang lagi merupakan jurnalis di sebuah majalah khusus untuk wanita (dan sering menukilkan kupasan-kupasan isu berkenaan wanita). Perbualan yang mulanya berkisar tentang kerja perlahan-lahan bertukar kepada isu-isu berkaitan soal hati.
Mulanya mereka agak tersentak bila saya menyatakan secara santai bahawa; "Kalau nak tengok awek tu lawa atau tak, tengok muka dia waktu bangun tidur". Walaupun itulah antara 'mitos' yang sering dibualkan sesama lelaki namun jelas bahawa dua dara yang sedang menghirup teh dengan saya itu tak bersetuju. Pada saya statemen itu bukanlah sesuatu yang getas, tetapi sekadar bualan kosong yang mungkin ada juga kebenarannya di celah-celah. Ya lah... muka baru bangun tidur dengan air liur basi, rambut berserabut, pakaian kerosot sana-sini --- siapa yang akan kelihatan cantik bila saja baru bangun tidur?
Poin yang saya ingin utarakan ialah andai dalam lelehan air liur dan rambut serabai itu wajah beliau masih kelihatan cantik, apatah lagi jika beliau 'memakai' dan mengenakan 'make-up'.
Tapi mungkin juga ada wanita yang memang hanya cantik bila bangun tidur tetapi di masa lain nampak serabut. Mungkin juga sebaliknya. Dan mungkin juga segalanya ini terlalu subjektif. Lagipun kecantikan adalah pada mata yang memandang.
Apapun, seterusnya terkeluar pula subjek kenapa amat sukar pada lelaki untuk meluahkan kalimat "I love you", "Aku cinta padamu", "Ich lieber dich", "Wo ai ni" dan yang sewaktu dengannya. Sekali lagi peperangan jantina di meja teh tarik itu berlangsung ke suatu dimensi baru. Pada saya, tak guna manis mulut mengucapkan segala kalimah tersebut jika kita tidak benar-benar memaksudkannya. Atau sekadar menyenangkan hati pihak yang satu lagi. Atau kerana ingin mendapatkan sesuatu dengan mencairkan pihak satu lagi melalui kalimah tadi.
Secara peribadi, saya percaya kepada 'action speaks louder than words'. Maknanya saya lebih suka menunjukkan rasa Cinta kepada seseorang itu melalui pengorbanan- pengorbanan yang saya lakukan, melalui pemberian yang dihadiahkan, melalui nukilan-nukilan yang saya tulis. Sebagai perbandingan, andai kita menghadiahkan Si A dengan seutas rantai berharga RM100 dan Si B pula dengan kalung berharga RM1000, secara teknikalnya jelas bahawa Cinta saya kepada Si B melebihi dari Si A. Lagipun jika saya menganggap Si B sebagai 'kawan biasa' buat apa saya sanggup berbelanja semahal itu?
Pada saya, Cinta yang sebenar-benarnya ialah bila kita sendiri tidak mampu menggambarkan rasa cinta tersebut. Malah adalah lebih baik jika kita tidak menyebut langsung perkataan itu kerana jika rasa itu dapat ditafsirkan melalui kata-kata atau perkataan yang mortal, maka ianya bukanlah rasa Cinta. Dalam beberapa sect agama --- Judaism, Kristian, Hindu malah Islam sendiri --- Cinta merupakan suatu personifikasi terhadap Tuhan itu sendiri. Malah ada yang melakukan 'direct equation' antara Tuhan dan Cinta. Faktor masa menentukan saya tidak berkesempatan membicarakan topik berat itu di sini namun jika anda ingin menelaahnya lebih lanjut, tebak sahaja kitab-kitab yang ditulis oleh ahli-ahli Sufi agung. Paling tidak, dengar saja lagu-lagu dari grup Dewa 19 (ahaksss.... ).
"Eeee... kalau you jadi boyfren I kan Asrul, hiiiiii.... entahlah.... mesti I tension"; kata model tersebut bila saya berkeras menyatakan bahawa saya tidak akan pernah mengucapkan kalimah tiga perkataan tadi. Fair enough.
Tak lama selepas cuti Hari Raya, saya berbalas pula SMS dengan seorang kenalan lama. Mulanya bersembang biasa sahaja hinggalah satu soalan diajukan.
"You dah tengok cerita 'Heart'"?; mesej beliau berbunyi.
"Citer Indon tu ka? Tu citer budak-budak laaaa"; jawab saya.
"The movie really touches me. The hero reminds me how you used to be"; jawab kenalan saya tadi.
Jadi saya usahakan juga 'melabur' untuk mendapatkan literatur filem berkenaan. Mulanya saya cuma berkesempatan mendapatkan 'soundtrack' filem tersebut. Walaupun penyanyi-penyanyiny a jelas akan mendapat kad merah jika mereka odisyen untuk siri realiti Akademi Fantasia, garapan muzik dan tutur lirik yang mantap oleh Anto Hoed dan Melly Goeslaw selaku pencipta lagu menjadikan lagu-lagu tadi enak didengar. Walhasil, saya tertarik dengan satu rangkap lagu "My Heart" nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa (yang juga pelakon-pelakon utama filem tersebut):
Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang
Walaupun rangkap ini boleh ditakrif sebagai luahan seorang suami yang ingin pasang 'cawangan baru', namun dalam konteks sebenar lagu tadi, ianya membicarakan tentang rasa Cinta antara sepasang rakan yang tidak akan pernah luntur walaupun rakan tadi akan berhijrah ke kehidupan baru, berkahwin, beranak pinak dan sebagainya.
Selang beberapa hari saya berkesempatan mendapatkan DVD filem Heart dan dengan hati yang berdetak detuk memasukkan cakera tersebut dalam pemain DVD. Hmmm... yang saya pasti kenalan saya tadi tidaklah bermaksud menyamakan paras rupa saya dengan Irwansyah bila dia mengatakan bahawa hero filem ini mengingatkan dia pada saya satu ketika dahulu. Hehehehe....
Tapi... terus terang saya akui terasalah juga 'feeling' selepas menonton filem ini. Mungkin ada juga kebenaran kata-kata kenalan saya tadi. Dan andai anda pernah membaca HDLN VIII (Hidup Di Luar Negeri VIII: Soal Hati) yang 'terkenal' suatu masa dahulu, mungkin anda juga akan mengiyakannya. Antaranya ialah kegemaran Farel (watak Irwansyah dalam filem ini) memakai jaket... cuma bezanya beliau memakai jaket kerana hawa kampungnya yang sejuk dan berada di tanah tinggi sedangkan saya dulu memakai jaket (walau berpeluh dan panas terik) semata-mata kerana inginkan identiti sendiri.
Tetapi saya kira ada tiga faktor yang mungkin mengiyakan SMS kenalan saya itu. Pertama, ketika adegan si Farel menghadiahkan sebentuk "hati" kepada Luna dan menginginkan jawapan serta merta. Hehehe... that used to be me.... "I'd like you to be mine. I'm all yours. What about you? Do you accept me as your boyfriend? Takper... fikirlah dahulu. But I want an answer, and I want it NOW!!!".
Kedua ialah kecenderungan melakukan 'surprise' dengan perkara-perkara yang artistik seperti Farel menghadiahkan sejambak bunga yang mana boneka pari-pari kecil bergantungan ataupun 'private dining' di atas bukit diiringi pemuzik. Walaupun seingat saya tidak pernah pula saya melakukan perkara-perkara seperti dalam filem tadi, saya kira kompilasi lagu, ciptaan lagu, kad, puisi dan sebagainya mungkin berada dalam 'ballpark' yang serupa.
Ketiga ialah observasi yang kemudiannya menjambatani antara apa yang sedang berada di hadapan mata dengan rasa yang sedang menjeruk di hati bila bersama dengan pasangan. Contohnya jika kami berada di taman bunga yang mana kuntum-kuntum bunga sedang mekar. Mungkin ketika itu saya akan kata sesuatu seperti; "Tengok bunga ni. Mekar cantik, kan? Begitulah juga mekarnya cinta I pada you. Tapi bunga ni kemudiannya akan layu. Bukan cinta I. Cinta I kat u takkan pernah layu..."
Something 'poyo' like that. Got the picture?
"Mungkin ramai Relaxjapper yang pernah terlibat dengan cinta waktu sekolah ni. Ingatkah anda pada perasaan gembira yang anda rasai ketika mula-mula bertentang mata dengan orang yang anda minati? Bagaimana pandangan tersebut seterusnya menular ke hati dan membentuk perasaan yang paling agung di alam semesta ini? Segala rindu, resah, tangis, gembira dan tension yang anda hadapi ketika cuba memenangi hati orang tersebut? Ingatkah lagi bagaimana anda set schedule agar bertembung dengan beliau ketika hendak ke sekolah? Ketika pass surat kita kepada seorang posmen buruk yang kebetulan kawan rapat beliau, dan apabila beliau membalasnya dan mengatakan beliau juga menyenangi anda? Bagaimana sebelum tidur anda sering "berhayal bila saat nanti hidup bersamamu"? Kemudian anda mula sedar yang dressing anda yang dahulunya selekeh tiba-tiba bertukar menjadi smart? Atau betapa cemburunya anda bila ada pelajar lain menghampiri orang tersebut? Ingatkah pula bagaimana perasaan itu akan mempengaruhi apa saja yang anda lakukan, fikirkan dan cara berinteraksi dengan orang lain? Bagaimana kawan baik anda terpaksa tahan mata dan telinga mendengar "luahan hati" anda?
Kini, dalam kesibukan tugas dan komitmen, kita sering melupakan perasaan tersebut. Bagi saya ia lebih dari seberkas perasaan.... .it is what growing up is all about. Mungkin kita perlu revisit semula perasaan ini kadangkalanya, untuk mengingatkan di mana kita berada sebelum ini dan di tampuk mana kita sedang berada sekarang."
- Hidup Di Luar Negeri episod VIII: Soal Hati, 22/6/2001 -
Tak lama selepas itu saya menghubungi rakan saya melalui telefon dan menyatakan bahawa it's bugging me sebab saya tahu saya pernah seperti itu satu ketika dahulu namun saya tidak faham kenapa kini saya tidak lagi seperti itu. Mungkin faktor usia atau mungkin juga saya merasa malas untuk melalui detik rasa yang menyakitkan tersebut sekali lagi. Mungkin juga ianya hanya pantas terkandung dalam kitab sulalatus saya yang sudah berhabuk dan perlu diikat kuat dengan riben seraya menyimpannya di sudut almari yang mungkin tak akan dijenguk lagi.
Dua hari lepas, dalam perjalanan menuju ke Kedai Mamak untuk pekena supper dengan my other half.
"You know... I dulu memang jenis suka bagi surprise, romantik and what not. But over time, I macam dah malas nak buat semua tu"; kata saya membuka bicara.
"You romantik? Hahahaha... dah 11 tahun kawin takder pun yang romantiknya" ; jawab beliau seakan mencebik.
"Hmmm... if you give me a chance, I'd do my best to revisit all those feelings and actions. If it's inside me then it's just a question of surfacing it all again. Just be patient. That's all I ask"; janji saya.
Masa dan rasa. Dua faktor yang kadangkalanya tidak dapat berakrab.
Akhirnya, hanya Cinta jua yang akan bertakhta.

Wassalam.


Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia

ari ni aku sampai lmbt kat opis...dah mmg lmbt kuar dr umah..dh kul 9 suku masa tuh...tibe2 jam lak kt atas jambatan tuh..eksiden..biase la..time ujan mesti ada je eksiden kat atas jambatan tuh..td ada 3 eksiden atas jambatan tapi lain2 tpt la...mula2 aku tgk ada eksiden kat lps trafic light..aku tgk cam dh alama dh sbb kete2 tuh dh ketepi dan x dela teruk sgt...pas2 dpn lagi ada 1 lagi eksiden kat jln susur ke pulau duyong..tu pun cam x teruk..kene laggar bontot kete..biase ler bile laju x reti nak kontrol brek...pas2 aku stil plik nape jam lagi kat dpn tuh pdhal eksiden dh lps dah dr pandangan aku...penat aku duk tkn clutch ni..ntah pe la lagi kat dpn tuh..eksiden lagi ker...aku pun tunggu je la dan bwk la kete tuh cam bawak lembu..(aku penah bawak lembu ke....??)...slow2...kejap benti kejap jln..
pas2 sampai la aku ditempat kejadian...jeng..jeng..jeng...suspen jerk..rupa2nya eksiden lagiii....yg ni mmg tahap truk la...tp aku cume nmpk sbuah kete yg remuk truk mengadap scara brtetangan jln..ni kira mmg truk la...aku x tau la dia langgar pe....patut la jam truk giler td..atas jambatan tuh jarang jam..kalu jam pun hanya disebabkna 3 perkata...pertama..eksiden..kedua..kete rosak tgh jln..dan ketiga time raya dan bulan pose..tu jer...
pagi td sempat lg nak kemas umah,sarapan,basuh baju dan bg makan kat kucing2 ku...cakap psl kucing 2 aku ini teringat semalam...nak dijadikan cerita..cam biase pagi aku nak g la bg kucing2 aku tu mkn..tiba2 diorg tak de kat tpt aku slalu letak diorg tuh..aku cari la ..mana kucing2 aku aku ni..'umah' diaorg pun ilang sama..x kn diorg larikan diri bwk skali ngan 'umah' kot..tak logik..aku pun p la cari dlm umah..x de gak..aku tanya adik aku mana pg kucing2 tuh..'umah' diorg pun x de..adik aku ckp dia ada nmpk ayah aku bwk msk kucing2 dan 'umah' diorg tuh dlm umah..aku tanya mana ayah ngan mak..adik ckp diorg kuar..takkan diorg bwk kucing2 aku..nk buat pe?..ooooo..myb diorg nak bwk g klinik sbb kucing2 aku tu ada penyakit telinga baru2 nih..ye kot..aku bt sdp ati je la..masa tu dh lmbt nk p keje..trpaksa la lupakan kejap psl diorg...tp still ingat kat diorg..mana la pg diorg nih...blk dr keje aku trus g tanyer mak..rupanya btul la..mak bwk diorg p jumpe doktor..heheheh...kucing2 aku ni kene injek bg ubat lwn kuman penyakit tuh..kesian kat kucing2 aku kene injek..tp nak wat camne..nk baik kene la injek...anyway aku x leh idup kalu x de kucing kat umah sbenarnyer...dr kecik sampai bsr..kucing la jd kwn aku kt umah...hehehe..suke tgk diorg..cute...comel..

Tuesday, November 28, 2006

mimpi indah dalam tidurmu...


ku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....
karena langkah merapuh tanpa dirimu...
ooohh..karena hati tlah letih....

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....
tanpamu sepinya waktu merantai hati...
oh bayangmu seakan akan....

kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohh
kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...
tanpa dirimu aku merasa hilang..........
dan sepi......



jiwang la plak aku rase...pe ni..tak rock la..tp lagu nih sbenarnye byk kenangan disebaliknya...ada suka dan duka..liriknya menarik...sesuai untuk sesiapa yang mencintai sesorang...maknanya mendalam..
aku dah tgk filem dealova nih..bleh tahan la cite tuh..tp plakon dia cam x reti blakon je especially heroin dia..tp jln citernyer menarik..kisah penantian seorg jejaki terhadap seorg pompuan yg dh lama dia idamkn tp jadi milik org lain..tp dia bernasib baik..akhirnya pompuan yg didamknnya tuh menjadi miliknya...teringat aku pada satu kata2 yg aku baca dlm satu majalah...

"meminati tak semestinya menyukai
menyukai tak semestinya menyayangi
menyayangi tak semestinya menyintai
menyintai tak semestinya memiliki
memiliki tak semestinya kekal abadi........."

kata2 yang penuh makna dan begitu mendalam maksudnya...mula2 aku baca ayat nih cam tak de pe yg aku leh trima dan phm..tapi lama2 bile aku sendri merasainya..baru la aku phm maksud tersirat disebalik kata2 indah ini...

november rain..........

mlm tadi aku kuar ngan adik2 aku pusing2 bandar..tetibe je rasa cam nak kuar mlm td...cam biase aku kuar kul 9 pas2 blk la kul 10..kejap jer..bukannyer kuar dr kete pun..just pusing2 je kt bdr kt tuh..bknnyer ada pe pun kat bdr nih mlm2...tp mlm td ada festival monsun cup kt shah bandar..aku lalu la kat c2..ingatkn meriah la ngan org jual2 rupanya sume gerai br nk pasang..x de rupa brg nak jual pun lagi...tapi yang aku herannyer nape ramai je org kt c2..ke diorg saje je nak melepak kat c2...nmpk meriah gak kt c2 mlm td wpun lum stat lg festival tuh..nampak lampu mcm2 color yg menambahkan keindahan mlm td...aku lalu kot psr payang tuh..nmpk kt sberang sungai sane pulau duyong...ada 1 bangunan bsr penuh ngan lampu berkelipan...nmpk cantik dr jauh...tp aku dr dulu lg duk trtanya2 pe nama bangunan tuh..utk pe bangunan tuh ada kat c2..yg aku tau kat c2 ada chalet mewah je...tu pun sblh sana skit..bknnye btul2 brdpn ngan shah bandar tuh..ntah la..biarla..tak rugi pn kalu aku tak amik tau..x penting pun..tgh aku duk pusing2..alamak!!..meter minyak dah dkt E...so nmpk gayenyer aku kene blk la..nak tong pun ari esoknye aku kene tong 'kete' 1 lg..blk je la..mls aku nk tong..heeheheee...so aku blk ler....sekian citer di malam selasa...hehehhe...


plan aku dh menjadi dh ckit2..walapun cume leh bt ckit je aku rasa bangga..skurang2nye aku blajar sendri pe yg aku nk buat..huhuhuu..trpaksa la blaja sendri...nak arapkn org lain ajar..sume bz jer..ari ni aku nak study ckit psl database..ssh gak nk pakai mysql nih..tp lg susah pakai oracle..huhuuhhu...x pe..slow2..blaja...chayokkkk...af..!!!!!

Monday, November 27, 2006




CICAKMAN...hehehhe....

ari ni aku mulakan plan aku...aku nak try buat sistem yg slama nih aku rasa cam susah sangat nak buat...ula2 aku nak blaja dulu coding..tapi tadi aku try study coding yang kak wan bagi tuh cam complex sangat la... tp aku nak slow2 blaja..smlm aku chat gan atun..dah lama aku tak bual ngan dia..dulu dia lah org yg slalu memberi aku nasihat dan semangat tapi kadang2 aku x endah kn...sbenarnya sume nasihat yg dia bg tu berguna..atun..you are my best friend that i ever had...dia skang tgh bz ngan projek dia..she's very hardworking woman,intelegent and has a genius brain...btul nih..dia kate nak bukak bisnes sendri tahun dpn...dia ajak aku join..ni la pluang aku nak dkt ngan dia blk...aku rase cam adik bradik dah ngan dia..x leh berenggang..dulu masa study dr thn pertama sampai thn ke 3 mmg still brkawan rapat...ermm...bestnyer time study dulu...

nyata dan maya.............


Kulihat indah hari depanmu..
Mentari sentiasa
Menerangi..
Bumi indah di telapak kakimu..
Bumi yang ditelapak kakimu..
Kan terbentang menjadi..
Oh milikmu..
Cekallah sayang..
Dalam menempuhi..
Dunia ini Saban hari..
Adakalanya Mendung jua kunjung..
Bersabarlah Ku kan selalu denganmu,kasih..
Dalam jasadku yang nyata atau maya..
Kerana ku terlalu mengendah..
Suka dukamu setiap ketika..
Ku kan selalu denganmu,kasih..
Dalam kau bertatih atau kau berlari..
Andai kau jatuh kubantu(kau)bangun... (oh sayang)semula ...
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula...
Ku tahu kau pastikan bersinar..
Bagai sebutir bintang Gemerlapan..
Keyakinan kau bukannya kosong..
Lahir dari hati yang Kenalimu...

**********search***************

Suratan Atau Kebetulan...........


sesuatu yg tak disangka..

seringkali mendatangi kita..

itukah suratan dlm kehidupan..

atau sekadar satu kebetulan…

Lagu nih mengingatkan aku pada perjalanan idup yang masih jauh....banyak yang perlu aku fikirkan sebenarnya…ketenangan dan kebahagiaan yang aku idamkan masih jauh di sana…tapi di mana dan bile aku tak tau..yang aku tahu Allah berikan aku kekuatan untuk truskan hdup ini…Allah berikan aku nyawa untuk meneruskan perjuangan idup utk tidak lagi menyimpang dari jalanNya..Syukur padaMu…aku sedar diriku kerdil diSisi Mu sebelum aku kembali padaMu..

Ketenangan…
Dimana nak kucari dirimu…
Bila akan kutemui mu…
Sampai bila akan ku trus kukecapi dirimu
bila aku sudah menemuimu...

Kebahagiaan..
Adakah akan ada dirimu untukku…
Sudikah kau bersamaku selamanya…
Akankah kau menjadi penemanku hingga ke akhir hayat..

walau apa sekalipun cara ia datang…ia akan menjadi satu kenangan yang takkan dapat kita lupakan…datang dan pergi tanpa diundang…Cuma kadang bila mendapat kebahagian kita alpa padaNya..tapi ketenangan hanya ada padaNya dan akan kekal jika kita tetap dijalanNya…

Ketenangan…

Akan kuterus bersamamu….

Kebahagiaan..

Akan kuterus mencarimu…

Sunday, November 26, 2006

bad day....

today is a bad day....i've got flu today and i feel that my body and my head was separated...???...huuhuhu...aku rase cam nak blk umah je rehat tapi takat ni aku leh tahan lagi...aku baru je nak mula ngan plan baru aku tapi tibe2 jadi camni lak..nak pk pun x larat..pk ckit jer pale mule rase berdenyut..adusss...tahan je la..dah 2 ari aku camni..lps telan panadol aku tido jer...tapi semalam aku dah rase ok skit dan pas2 aku kuar jln2 ngan kakak dan adik2 aku p tgk tapak monsun cup tuh..ari pun dah ptg mase tuh...lepak kejap je tgk keadaan kat c2..lum ade pn lagi kapal layar...lgpun monsun cup tu stat next week...dari pulau duyong aku dapat tgk opis yg aku tgh duk skng nih...jauh gak dr tpt monsun tuh..sure tak nmpk nyer...takpe la..nnti ade masa aku g la tgk sbb last year aku tak dpt tgk...thn ni aku nak p tgk gak tp cam ujan jer ari2 lps nih...td pun nasib baik kau sempat sampai opis..kalu tak bsh kuyup la aku..dah la aku ni kurang sihat..nnti makin betambah kurang sihat lak...td cepat2 aku amik payung bwk dtg opis nih..isau gak kang nnti nk g lunch ke nk blk ke ujan x benti...selsema aku dah la lum baik lg...cepat la baikkkk!!!.....aku dah tak larat dah nih...

Thursday, November 23, 2006

ntah pe2 ntah....


aku dh buat blog smlm tp ntah camne bile aku masuk pasword yg aku slalu gune tibe2 x leh msk...sakit ati tul la..bile aku suh diorg antar pasword aku kot emel..tak sampai2 lak..ke aku slh register pasword n emel ari tuh...fening2..camne la aku leh silap nih...br je nk buat blog n tulis psl aku dh jd camni...huuiii...aku stil pk n pk camne leh jadik cam2..adakah aku tgh khayal mase aku buat blog tuh..adakah aku mimpi je buat blog tuh tp bile bukak blog tuh ada..mustahil aku bermimpi di siang hari...
plik bin ajaib la....adakah aku yg tak btul..isshh...ari ni aku g mkn kat kedai mee goreng yg org ckp sdp tuh...sampai sane penuh..trpaksa la tunggu giliran..kat c2 mmg jual mee goreng jer..patut la...1st time aku jumpe gerai mkn yg ada mee goreng dan kuah...org kedai tu hidang kuah tu lps tuh mee goreng..kwn aku tanyer la kuah tu utk pe..org kedai tu ckp kuah tu utk mkn ngan mee...ooo...cam2 ek..plik lak..x penah aku mkn mee goreng yg cam ni..anyway best gak mee goreng tuh..patut la dia bg kuah tuh..bile mkn mee tu rase cam kurang la..tp ble ditambah ngan kuahnyer..uii...sampai menjilat sudu..hehehe...nnti nak g lg la...tp kn aku lupe la nak tgk name kedai tuh...pe ek nama keda tuh...aku slalu p mane2 tpt mkn especially gerai mkn slalu x penah nk amik tau pun nama kedai tuh..yg aku tau nak p mkn jer...ari ni x sebosan semlm..si suku tu dh blk dr bangkok..blagak tul dia citer psl g bangkok duk kat hotel yg ade sauna dan awek2 cantik..p la kawin ngan awek siam tuh kalu dah gila sgt kat diorg..tp dia online jap je..katanya ari ni cuti dan nak blk berehat kat umah...bior la dia..kalu tak ade ada la kata2 yg membuatkan aku bengang ngan dia..

"beri padaku..sedikit waktu...untuk aku mengenali...isi hatimu..."